Original Tabita Skin Care



Wednesday 8 February 2012

PANDUAN PENJAGAAN PRODUK TABITA SKINCARE

Ramai pelanggan Puteri yang kini telah lebih yakin dengan Tabita Skincare yang Puteri jual.  Terima kasih kepada semua pelanggan yang telah membeli Tabita dari Puteri.  Alhamdulillah apa yang Puteri tawarkan kepada semua hanyalah yang ASLI dan ORIGINAL.  Puteri sendiri dah pakai bertahun-tahun, tak sanggup nak ambil yang palsu.  Pengguna tegar le katakan.. Even, family Puteri, husband Puteri dan Bonda tersayang pun pakai Tabita yang Puteri ambil ni. Jadi, Puteri hanya yakin yang Asli dan ambil terus dari pengeluar Tabita Skincare Indonesia.

Hari ni, Puteri nak bagi sedikit petua atau panduan berkaitan penjagaan produk Tabita ni agar kualitinya terjaga. Kalau nak pergi bercuti atau balik kampung tu, jangan lupa bwk bersama Tabita.  Jadi, bila dah simpan dlm bekas toiletries tu, pastikan bekas tu jgn disimpan di dalam ruang yang panas di dalam kereta (mcm dlm boot kereta atau kat area cermin belakang kereta atau atas dashboard tu).  Sebabnya, krim tabita ni boleh meruap atau mencair bila terkena haba atau suhu yang terlalu panas. Maksudnya, kalau parking kereta kat tpt panas tu, pastikan masukkan je krim Tabita tu ke dalam handbag utk elakkan mencair.  Bukan apa, Puteri tak nak le nanti ada le krim2 you all yang meruap dan mencair tinggal separuh je kan.. Sedih tu.. Bukan murah lak kan.. Setiap kali Puteri travel, Puteri akan pastikan letak toiletries bag yang ada Tabita tu di ruang tempat duduk belakang sbb ruang dlm kereta taklah panas dan ada aircond pulak. So terjagalah kualiti Tabita ni. 

Kalau di rumah pula, pastikan produk Tabita ini disimpan di tempat pada suhu bilik atau di tempat yang sejuk terutamanya Daily Cream dan Nightly Cream.  Kalau bilik tu ber'aircond' ok le, lagi senang nak jaga kualitinya sebab tidak terlalu berhaba atau panas.  Jangan disimpan di dalam laci atau 'drawer' yang ada mcm2 barang, sebabnya bila di tempat sempit dan tertutup mcm tu, ditambah pulak brg yang byk, ruang udara kurang dan sudah semestinya akan jadi panas.  Suhu mcm tu kurang sesuai, bukannya tak boleh tapi tidak sesuai dari segi nak menjaga kualitinya.  Cara yang paling baik adalah, disimpan di dalam peti sejuk tapi hanya Daily Cream dan Nightly Cream sahaja ye... Facial Soap dan Smooth Lotion tu tak perlu.  Simpan di bahagian ruang bwh peti sejuk dan bukannya dlm freezer (beku pulak nanti).  Dengan suhu sejuk begitu, kualiti krim Tabita Skincare akan lebih terpelihara dan tahan lebih lama.  So, kalau ada yang beli banyak2 untuk dibuat stok setahun, bolehlah krim2 tu dimasukkan dalam peti sejuk. 


Jangan lupa pesanan Puteri ya!

No comments:

Post a Comment