Original Tabita Skin Care



Monday 30 September 2013

Tabita Skincare-New Packaging





Bicara Oktober 2013

Salam Lovelies, Dah lama rasanya tak update blog ni. Rasa kekok jer.. Maaf ye semua. Puteri busy dengan tugasan harian, bisnes dan keluarga. Almaklumlah superwoman. Walau bagaimanapun, kecantikan diri kita janganlah diabaikan. Sentiasa kekal cantik bersama Tabita Skincare. Memandangkan ramai yang tanya tentang packaging baru Tabita, biarlah Puteri jelaskan di sini. Ya, memamg pengeluar Tabita telah menukar packaging yang baru bagi mengelakkan ianya ditiru atau diciplak. Sekarang ni terlalu banyak yang keluarkan Tabita palsu. Ngeri jugak sebab nak guna kat muka barang-barang yang palsu ni, mestilah kita ni kena berhati-hati kan. Cuma yang ditukar adalah Facial Soap dan Smooth Lotion Tabita. Yang lainnya masih kekal seperti yang lama. Jadi, customer Puteri yang happy dengan Tabita ni, teruskan penggunaan ye dengan rupabentuk yang baru. Tetap kekal cantik. Maaf Puteri tak boleh bicara panjang lagi. Insya Allah kita bertemu di lain masa. Nak kena sambung kerja-kerja harian ni. Dah melambak menunggu di depan mata. Nak maklumat lanjut, bolehlah sms/whatsap/call Puteri ya. Insya Allah Puteri akan jawab walaupun lambat. Salam Sayang, Puteri

Wednesday 12 December 2012

Disember 2012...

Salam lovelies,

Alhamdulillah kita sudah pun memasuki bulan Disember iaitu penghujung tahun 2012.  Puteri pasti ramai yang sibuk menguruskan persiapan persekolahan anak-anak dan ada juga mengambil cuti panjang di akhir tahun untuk bercuti bersama keluarga samada dalam negara atau di luar negara.  Gunakanlah masa yang berharga ini bersama keluarga tersayang.

Walau apa sekalipun aktiviti yang kita lakukan, pesanan Puteri kepada semua wanita, janganlah kita abaikan kecantikan wajah dan tubuh badan kita.  Pastikan set lengkap Tabita di bawa bersama ketika bercuti agar kulit wajah dijaga dan dilindungi dari pancaran matahari di tempat panas serta dilembabkan di dalam cuaca yang sejuk di luar negara.  Bila kita cantik, foto-foto kenangan kita pun akan cantik kan?  Pasti teruja.

Bagi Puteri,kita adalah penentu kecantikan dan penjagaan wajah dan tubuh badan kita.  Bertambah kita berusia, bertambahlah usaha kita untuk menjaga dan merawat kulit kita agar lambat dimamah usia.  Jangan jemu dan malas kerana kecantikan dan wanita perlu bergerak seiring.  Minum air secukupnya dan hiasilah jiwa dan nurani kita dengan amal ibadat.  Semua tu akan terpancar di wajah kita. 

Alhamdulillah, Puteri gembira bila terima ucapan2 terima kasih serta update berkaitan wajah pelanggan2 Puteri yang telah cantik melalui sms, call dan whatsap.  Smua tu usaha dan doa kita untuk kelihatan cantik di mata org yang tersayang.

Kepada yang baru hendak mencuba, usah ragu2.  Tabita Skincare original adalah jawapan kepada penyelesaian masalah kulit anda.  Yang penting kesabaran di dalam diri kita.  Insyaallah.


Salam Sayang,

Puteri Ayuez

Friday 30 November 2012

Bercuti

Salam lovelies,

Untuk makluman semua, Puteri akan bercuti operasi bermula 1-10 Disember 2012.  Sepanjang tarikh tersebut, hanya sms akan dilayan.  So jgnlah marah jika saya tak jawab call ye...

Pesanan tetap boleh dibuat melalui sms dan email tetapi hanya akan mula dihantar pd 12 Disember 2012.

Jumpa lagi ye..



Salam sayang,

Puteri/Ayu

Wednesday 29 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam lovelies,

Puteri ingin mnegucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan tetap Puteri serta kepada bakal-bakal pengguna Tabita yang baru sahaja view blog Puteri ni.  Maaf Zahir dan Batin.

Alhamdulillah, happy Puteri dapat sms2, whatsapp dan bbm dari pelanggan-pelanggan Puteri yang berhari raya kali ini dengan wajah dan penampilan baru hasil dari penggunaan Tabita Original dari Puteri.  Tengok gambar2 kalian pun buat Puteri teruja sgt.  Memang cantik dan berseri. 

Semoga kita semua sentiasa cantik dan jelita bersama Tabita Skincare Original.  Yang masih belum menggunakan Tabita, dapatkan maklumat lanjut dari Puteri sendiri atau pengguna2 Tabita yang tegar. 

Puteri sayang kalian semua.



Salam Sayang.

Puteri/Ayu

Thursday 1 March 2012

TABITA DAN PENCERAHAN WAJAH

Salam Semua,

Ramai wanita yang inginkan wajah yang putih mulus dan bebas dari masalah kulit.  Bila wajah halus mulus dan bersih, kita akan rasa yakin walaupun tanpa sebarang mekap.  Kalau tanya pada Puteri, memang Tabita Skincare adalah jawapan yang tepat.  Sebab ia mampu memberikan kesan yang hebat dan yang paling penting, selamat untuk digunakan.

Tidak dinafikan terlalu ramai wanita inginkan wajah yang putih melepak atau putih gebu.. sebab itulah ramai yang terpedaya untuk menggunakan produk2 yang mengandungi hidroquinone dan kandungan mercury yang tinggi yang dijual di pasaran untuk tujuan memutihkan kulit wajah.  Tapi kita tak sedar, pemutihan ini adalah tidak selamat dan tidak sekata di antara warna kulit wajah dengan leher dan tangan.. Pelik kan kalau kita pernah nampak wajah seseorang tu putih melepak dan gebu tp bila tgk leher dan tangan, terserlahlah warna sebenar kulit...

Hakikatnya, Tabita bukanlah begitu.  Penggunaan Tabita akan merawat kulit anda agar kulit kembali aktif, sihat, regenerasi dan anjal dan kesemua gabungan ini akan menghasilkan kulit yang bersih dan cerah. Pencerahan oleh Tabita adalah seimbang iaitu, ia tidak akan menipiskan lapisan kulit kita dan tidak memutihkan kulit wajah sehingga menjadi putih yang luarbiasa (nampak bezanya antara muka dan tangan).  Tona warna kulit akan sedikit cerah tetapi memadai oleh tona warna kulit yang kita miliki.  Kalau sesiapa yang pernah bertemu dengan Puteri akan tahu dan lihat sendiri warna kulit muka Puteri yang cerah sawo matang dan seimbang dengan warna tangan dan leher Puteri (sebab Puteri ni bukanlah berkulit putih melepak.. kulit Melayu biasa jer maklumlah cuma campuran darah Siam dan Indonesia).  Puteri pun tak nak ler kalau dah nampak sangat bezanya warna kulit muka Puteri ni... Orang tengok pun pelik kan... Puteri pun ada pelanggan berbangsa India yang tegar menggunakan Tabita, tapi kulitnya cerah seadanya.. takdelah putih melepak smpai beza dengan warna kulit asal dia..

Kepada sesiapa yang mempunyai persepsi buruk terhadap Tabita dengan mengatakan pemakaian Tabita akan memutihkan kulit wajah sampai nampak terlalu beza dengan leher dan tangan, buang le jauh2.. Cubalah tanya pada Puteri sendiri tentang kesan pencerahan apabila menggunakan Tabita Skincare.  Tapi kalau kulit muka dah memang cerah sebab terlalu byk sgt pakai produk yg ada hidroquinone dan bleaching sejak dulu2 lagi, janganlah pula disalahkan Tabita... Kita sendiri yang buat pilihan untuk jadikan kulit kita sebegitu jadi 'tepuk dada, tanyalah selera'.. janganlah berfikir yang bukan-bukan tanpa info yang jelas dan benar.

Salam sayang,

Puteri

Tuesday 21 February 2012

APPRECIATION...

Salam,

Alhamdulillah.. Ramai yang berpuashati dengan Tabita yang Puteri perkenalkan kepada mereka dan suka dengan cara penerangan Puteri setiap kali mereka ada sebarang masalah atau keraguan tentang Tabita.  Terima kasih kepada semua pelanggan setia Puteri.  Puteri hargai korang semua.

Puteri ada introduce Tabita Skincare ni pada sorang artis yang mmg Puteri minat ni.. Walaupun usianya dah lebih 40++, dia tetap cantik dan anggun.. Puteri mmg minat dia dr dulu lagi.. Mmg dia artis yang cukup jaga penampilan dan kecantikan serta ada style tersendiri...  Dengan rezeki Allah, beliau hubungi Puteri untuk bertanyakan Tabita dan syukur alhamdulillah dengan penerangan yang Puteri berikan, beliau setuju berjumpa dengan Puteri dan beli Tabita Skincare original dari Puteri.. Kata beliau, mgkin Tabita ni mampu untuk beliau setia dengan satu skincare sbb dah lama beliau mencari sstu yang elok untuk maintain wajahnya dan yang paling penting halal.. Yelah sekarang ni dlm produk kecantikan, mcm2 bahan dari haiwan digunakan untuk melariskan produk. Tapi Tabita bukan begitu..

Puteri akui, Puteri selalu monitor penggunaan beliau dari hari pertama sehinggalah kini.. Puteri nak pastikan beliau mendapat faedah yang terbaik dari Tabita Skincare.  Apalagi bila Puteri mmg meminati beliau, lagi ler nak pastikan beliau sentiasa kekal cantik.. Dan baru2 ini, beliau sms Puteri untuk berterima kasih kerana memperkenalkan Tabita Skincare kepada beliau. Ini adalah antara kata-kata beliau yang Puteri nak kongsikan:

"Alhamdulillah, make-up artist kat tempat shooting said my skin texture now better.. a few casting people and people who work with me also realize the differences.. and I felt my skin lifted a bit.. I appreciate it, dear.. of course I'm still using it and I can't go without Tabita..tq so much, Puteri.."

Puteri rasa happy sgt bila dpt happy kan org lain. Apalagi bila artis yang kita minat berterima kasih dan hargai kita sebab guide dia dalam kecantikan... Harapan Puteri, bila kita dpt gembirakan org lain, moga2 Allah tambahkan kebahagiaan dan kegembiraan dalam diri Puteri.  Insyaallah. Amin.

Buat artis yang Puteri minati ni (you know who you are), "You are always my idol in beauty, style and appearance.. Thank you so much.. "

Salam sayang buat semua,

Puteri