Original Tabita Skin Care



Wednesday 12 December 2012

Disember 2012...

Salam lovelies,

Alhamdulillah kita sudah pun memasuki bulan Disember iaitu penghujung tahun 2012.  Puteri pasti ramai yang sibuk menguruskan persiapan persekolahan anak-anak dan ada juga mengambil cuti panjang di akhir tahun untuk bercuti bersama keluarga samada dalam negara atau di luar negara.  Gunakanlah masa yang berharga ini bersama keluarga tersayang.

Walau apa sekalipun aktiviti yang kita lakukan, pesanan Puteri kepada semua wanita, janganlah kita abaikan kecantikan wajah dan tubuh badan kita.  Pastikan set lengkap Tabita di bawa bersama ketika bercuti agar kulit wajah dijaga dan dilindungi dari pancaran matahari di tempat panas serta dilembabkan di dalam cuaca yang sejuk di luar negara.  Bila kita cantik, foto-foto kenangan kita pun akan cantik kan?  Pasti teruja.

Bagi Puteri,kita adalah penentu kecantikan dan penjagaan wajah dan tubuh badan kita.  Bertambah kita berusia, bertambahlah usaha kita untuk menjaga dan merawat kulit kita agar lambat dimamah usia.  Jangan jemu dan malas kerana kecantikan dan wanita perlu bergerak seiring.  Minum air secukupnya dan hiasilah jiwa dan nurani kita dengan amal ibadat.  Semua tu akan terpancar di wajah kita. 

Alhamdulillah, Puteri gembira bila terima ucapan2 terima kasih serta update berkaitan wajah pelanggan2 Puteri yang telah cantik melalui sms, call dan whatsap.  Smua tu usaha dan doa kita untuk kelihatan cantik di mata org yang tersayang.

Kepada yang baru hendak mencuba, usah ragu2.  Tabita Skincare original adalah jawapan kepada penyelesaian masalah kulit anda.  Yang penting kesabaran di dalam diri kita.  Insyaallah.


Salam Sayang,

Puteri Ayuez

1 comment: