Original Tabita Skin Care



Thursday 1 March 2012

TABITA DAN PENCERAHAN WAJAH

Salam Semua,

Ramai wanita yang inginkan wajah yang putih mulus dan bebas dari masalah kulit.  Bila wajah halus mulus dan bersih, kita akan rasa yakin walaupun tanpa sebarang mekap.  Kalau tanya pada Puteri, memang Tabita Skincare adalah jawapan yang tepat.  Sebab ia mampu memberikan kesan yang hebat dan yang paling penting, selamat untuk digunakan.

Tidak dinafikan terlalu ramai wanita inginkan wajah yang putih melepak atau putih gebu.. sebab itulah ramai yang terpedaya untuk menggunakan produk2 yang mengandungi hidroquinone dan kandungan mercury yang tinggi yang dijual di pasaran untuk tujuan memutihkan kulit wajah.  Tapi kita tak sedar, pemutihan ini adalah tidak selamat dan tidak sekata di antara warna kulit wajah dengan leher dan tangan.. Pelik kan kalau kita pernah nampak wajah seseorang tu putih melepak dan gebu tp bila tgk leher dan tangan, terserlahlah warna sebenar kulit...

Hakikatnya, Tabita bukanlah begitu.  Penggunaan Tabita akan merawat kulit anda agar kulit kembali aktif, sihat, regenerasi dan anjal dan kesemua gabungan ini akan menghasilkan kulit yang bersih dan cerah. Pencerahan oleh Tabita adalah seimbang iaitu, ia tidak akan menipiskan lapisan kulit kita dan tidak memutihkan kulit wajah sehingga menjadi putih yang luarbiasa (nampak bezanya antara muka dan tangan).  Tona warna kulit akan sedikit cerah tetapi memadai oleh tona warna kulit yang kita miliki.  Kalau sesiapa yang pernah bertemu dengan Puteri akan tahu dan lihat sendiri warna kulit muka Puteri yang cerah sawo matang dan seimbang dengan warna tangan dan leher Puteri (sebab Puteri ni bukanlah berkulit putih melepak.. kulit Melayu biasa jer maklumlah cuma campuran darah Siam dan Indonesia).  Puteri pun tak nak ler kalau dah nampak sangat bezanya warna kulit muka Puteri ni... Orang tengok pun pelik kan... Puteri pun ada pelanggan berbangsa India yang tegar menggunakan Tabita, tapi kulitnya cerah seadanya.. takdelah putih melepak smpai beza dengan warna kulit asal dia..

Kepada sesiapa yang mempunyai persepsi buruk terhadap Tabita dengan mengatakan pemakaian Tabita akan memutihkan kulit wajah sampai nampak terlalu beza dengan leher dan tangan, buang le jauh2.. Cubalah tanya pada Puteri sendiri tentang kesan pencerahan apabila menggunakan Tabita Skincare.  Tapi kalau kulit muka dah memang cerah sebab terlalu byk sgt pakai produk yg ada hidroquinone dan bleaching sejak dulu2 lagi, janganlah pula disalahkan Tabita... Kita sendiri yang buat pilihan untuk jadikan kulit kita sebegitu jadi 'tepuk dada, tanyalah selera'.. janganlah berfikir yang bukan-bukan tanpa info yang jelas dan benar.

Salam sayang,

Puteri

7 comments:

  1. kak puteri ,

    macammana kita nak tahu tabita skincare ni bebas dari bahan seprti mercury dan hidroquinone?sedangkan tiada certified pengedar di packaging , ingredients pun takde . .can u explain ? sebab saya ragu-ragu jugak nak pakai bila tengok takde ingridients at all kat produk . .yang ada just label tabita . .

    ReplyDelete
  2. TABITA SKIN CARE merupakan produk kecantikan yang dapat mengatasi berbagai masalah kulit anda, seperti: menghilangkan jerawat, Meratakan lubang bekas jerawat, menyamarkan dan menghilangkan flek-flek di wajah dan pigmentasi/ warna kulit tidak yang rata, menghilangkan bekas jerawat, memutihkan kulit, memberbaiki kulit kusam, mencerahkan warna kulit, mengecilkan pori-pori, membuat kulit nampak bercahaya, meremajakan kulit, menegangkan kulit, sehingga anda kelihatan lebih muda.

    ReplyDelete
  3. Kalau ada jeragat boleh hilang tak?

    ReplyDelete
  4. kalau saya pulak muka gelap tapi bahagian yang terlindung seperti badan dan kaki memang putih.kalau guna tabita kulit muka boleh ke jadi putih??

    ReplyDelete
  5. Salam.. Nk tnye menyusukn anak bole pakai tabita ke? Ade yg kate bole ade yg kate xbole.. Mohon pencerahan

    ReplyDelete