Original Tabita Skin Care



Sunday 15 January 2012

TABITA DAN PENGELUPASAN

Salam semua,

Hari ni Puteri nak jelaskan sikit tentang kesan pengelupasan dengan penggunaan Tabita Skincare.  Ramai yang salah sangka, salah faham dan tak dpt info yang jelas dari sellers di luar sana tentang pengelupasan Tabita.  Perlu diketahui, pengelupasan dengan Tabita bukanlah untuk menipiskan kulit (itu adalah produk-produk yang mengandungi hidroquinone yang menipiskan lapisan kulit kita smpai nampak urat hijau, putih melepak yang luar biasa dan bila wajah terkena panas dah muka jadi mcm udang terbakar).  Tabita Skincare adalah perawatan kulit wajah dari dalam agar lapisan dalam kulit kita kembali aktif dan dapat memberi tindakbalas positif di permukaan luar kulit.  Bila perawatan sedang berlaku, sel kulit mati (penyebab kulit kusam dan kulit tidak sekata) yang ada di permukaan kulit akan mengering dan inilah yang akan nampak sebagai pengelupasan.  Pengelupasan sebegini diperlukan untuk membuang sel kulit mati pada wajah agar wajah tampil berseri.  Perlu diingatkan pengelupasan dari Tabita bukanlah seperti produk pengelupasan yang lain.  Kebiasaan yang berlaku cuma sedikit di bahagian tepi hidung, dagu dan tepi mulut.  Bukannya keseluruhan wajah.

Ramai pelanggan Puteri tidak pernah mengalami pun masalah pengelupasan ni.  Jadi, janganlah fikir yang bukan-bukan tentang Tabita Skincare.  Semua pelanggan Puteri tahu layanan dan cara penjelasan Puteri kepada mereka dan mereka tahu jawapan sebenar.  Ia adalah produk yang selamat untuk digunakan dan dapatkan info yang betul kerana hanya mereka yang tahu tentang keaslian dan latarbelakang produk ini akan tahu penjelasan sebenar.

TQ

Puteri

1 comment:

  1. Produk tabita mengandungi hydroquinone tak..sbb toner bau dia terlalu kuat

    ReplyDelete