Original Tabita Skin Care



Friday 4 November 2011

Cara-cara Menggunakan Tabita Skincare

Tabita Skincare adalah satu produk yang menjimatkan iaitu dengan setiap set, ia mampu bertahan berbulan-bulan lamanya.  Yang penting perlulah digunakan dengan cara yang betul.  Di bawah ini, Puteri nak kongsi cara-cara menggunakan Tabita Skincare dengan cara yang betul:

Cara 1
Dengan hanya menggunakan sedikit Facial Soap Tabita (maksimum sebesar syiling 10sen), cuci muka dan leher dengan facial soap. Kemudian bilaskan dengan air.  Jika anda memakai mekap seperti foundation atau compact powder, cuci muka dengan Facial Soap Tabita, ulang cara yang sama sebanyak 2 kali (double cleanse) kerana Facial Soap Tabita mampu mencuci dengan bersih mekap anda tanpa memerlukan make-up remover.

Cara 2
Setelah dibilas, pastikan wajah dan leher anda tidak dilap atau dikeringkan terlebih dahulu.  Dalam keadaan lembab atau basah, sapukan wajah dan leher dengan kapas muka (facial cotton) yang telah diletakkan antara 3-4 pam Smooth Lotion Tabita.  Sapuan Smooth Lotion haruslah dengan lembut dan tidak menggosok kerana kulit wajah kita lembut dan perlulah diuruskan dengan cara yang lembut.  Elakkan penggunaan Smooth Lotion di kawasan mata kerana kulit sekitar mata lebih sensitif dari bahagian lain pada wajah.

Cara 3
Dengan wajah yang masih lembab selepas disapukan toner, oleskan Daily Cream Tabita ke  seluruh wajah dan leher.  Daily Cream juga boleh disapukan di kelopak dan kawasan mata.  Tidak perlu sapuan yang terlalu tebal kerana kulit wajah hanya menyerap apa-apa krim dalam kuantiti yang memadai dan diperlukan sahaja.  Yang selebihnya tidak akan memberi apa-apa manfaat dan membazir sahaja.

Cara 4
Pada waktu malam, ulangi cara 1 dan 2 dan diikuti dengan sapuan Nightly Cream Tabita ke seluruh wajah dan leher.  Adalah sebaiknya sapuan Nightly Cream ini dilakukan 1 jam sebelum anda tidur. Nightly Cream juga boleh disapukan di kelopak dan kawasan mata. Tidak perlu sapuan yang terlalu tebal kerana kulit wajah hanya menyerap apa-apa krim dalam kuantiti yang memadai dan diperlukan sahaja.  Yang selebihnya tidak akan memberi apa-apa manfaat dan membazir sahaja.


Nota:  Bagi anda yang baru ingin memulakan rutin penjagaan wajah melalui Tabita Skincare, adalah dinasihatkan untuk 1-3 hari pertama, sapuan Daily dan Nightly Cream hanya dilakukan pada wajah sahaja dan elakkan kawasan leher (leher cuma dicuci dengan facial soap dan dan disapu toner sudah mencukupi).  Pada hari yang ke-4, barulah dilakukan sepertimana cara-cara di atas.  Ini adalah kerana kulit bahagian leher kadangkala lebih sensitif dan cepat bertindakbalas.

7 comments:

  1. Cara pemakaian Tabita yang Puteri kongsi ni adalah cara terbaik yang perlu dibuat hasil nasihat dari doktor yang mengeluarkan Tabita Skincare Original. Kalau ikut cara ini, insyaallah Tabita anda akan tahan lebih lama dan menjimatkan.. :)

    ReplyDelete
  2. untuk 1-3 hari pertama meggunakan Tabita, kalau tersapu daily/ nite cream akan timbul mcm ruam alahan ke?

    ReplyDelete
  3. Kalau akak pakai bedak sikit selepas semua steps diatas, takpe ke? Tq

    ReplyDelete
  4. Ada yang cakap smooth lotion n night cream pakai 3 minggu jer..n rehat sebulan..pastu pakai balik untuk 3 minggu kemudian...sebab nak mengelakkan kulit terus menipis,,biar dia tebal n buang balik,,,

    ReplyDelete
  5. Berapa harga utk set tabita yg puteri jual

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Yela jerawat makin banyak kenapa ni?rasa macam nak stop je.dulu x de pn mcm ni da 3 minggu pkai naik jerawat pulak

    ReplyDelete